Sunday 28 September 2014

Sumbangan Ekonomi Islam Terhadap Peradaban Dunia

Assalamualaikum wbt.


  • Penubuhan Baitul Mal pada zaman Umar al-Khattab, adalah dengan penaklukan wilayah yang sangat luas dan mendatangkan hasil dalam bentuk wang yang sangat banyak. Sumber Baitul Mal tersebut boleh dibahagikan seperti berikut :


  • Pada zaman Bani Umayyah, sumber kewangan terpenting adalah kharaj. Kharaj disini bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam. Kharaj juga dibahagikan kepada tiga, iaitu :

Sumber pendapatan lain yang terdapat pada zaman Bani Umayyah adalah zakat, ghanimah, fa'i dan jizyah.

Zakat: Membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.
Ghanimah: Harta musuh yang diambil dengan cara paksaan dan melalui peperangan
Fa'i: Harta-harta yang didapatkan dari musuh dengan cara damai tanpa peperangan atau setelah berakhir peperangan seperti jizyah, kharaj dan sebagainya.
Jizyah: Pajak per kapita yang diberikan pada penduduk non-muslim pada suatu negara di peraturan Islam.

  • Kemudian, pada Zaman Abbasiyyah, Kota Baghdad menjadi tempat paling strategik sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat.
  • Pada pemerintah Khalifah Harun al-Rasyid (170-193H), pembangunan negara terus mencapai peringkat tinggi sehingga Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan ilmu dan perdagangan di kawasan Asia dan Eropah.
  • Menurut al-Tabari, harta terkumpul dalam Baitul Mal ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid berjumlah 900 juta dirham bersamaan 180 billion sekarang.
 Kota Baghdad

By Khairunnisa Binti Joharudin (19DPM13F1015)
Syamimi Raihan Binti Mohd Sufian (19DPM13F1089)
                           

Ciri-Ciri Ekonomi Islam

Assalamualaikum wbt.

Tersebut adalah 4 ciri Ekonomi Islam :



Tidak bercanggah dengan syarak - Aktiviti ekonomi yang dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan syarak, ini kerana aktiviti ekonomi adalah sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Justeru itu, kegiatan ekonomi haruslah diasaskan kepada dua prinsip, yakni ; Aqidah dan Syariat.

Cita-cita luhur dalam kegiatan ekonomi - Dalam kegiatan ekonomi ini, kita perlu berusaha untuk mencari keuntungan diri sendiri di samping dapat melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat. Dengan cara ini, segala gejala buruk atau negatif dapat diatasi.

Aktiviti ekonomi diawasi syariat dan dikawal oleh pemerintah - Aktiviti ekonomi Islam hendaklah diawasi dengan syariat Islam yang betul dan pelaksanaannya dikawal oleh pemerintah yang adil lagi bijaksana.

Seimbang antara kepentingan individu dan masyarakat - Ekonomi Islam yang dijalankan hendaklah diseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat kerana dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari keuntungan terlalu maksimum demi kepentingan bersama.

By Anis Waheeda Binti Abd Wahab 
19DPM13F1005


Definisi Ekonomi

Definisi ekonomi adalah seperti berikut :-


  • Satu ilmu yang menjadi perantaraan bagi manusia menggunakannya untuk memenuhi keperluan duniawi.
  • Satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah dalam perolehan, penggunaan dan pengurusan sumber.
  • Firman Allah SWT :
" Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba ".
( AL- BAQARAH: 275 )

" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan ( ambil ) harta dikalangan kamu dengan cara yang batil ( tidak betul ) melainkan hendaklah dengan jual beli yang dipersetujui antara kamu ".
( AL- NISA': 29 )





By Nur Anies Azura Binti Ismail
19DPM13F1009
    

Tuesday 9 September 2014

Ahli kumpulan AL-KHAWARIZMI THELLIMA

Assalamualaikum wbt.

Sebelum kami meneruskan objektif utama kami, iaitu bercerita tentang 'Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Ekonomi', kami dengan sebesar hati sebulat suara ingin memperkenalkan ahli kumpulan Al-Khawarizmi Thellima iaitu seperti berikut :


 Nurul Amira Binti Mohd Zainudin
19DPM13F1003
 Anis Waheeda Binti Abd Wahab
19DPM13F1005
 Nur Anies Azura Binti Ismail
19DPM13F1009
 Khairunnisa Binti Joharudin
19DPM13F1015
Syamimi Raihan Binti Mohd Sufian
19DPM13F1089

Teruskan membaca kawan-kawan :)

Pengenalan

Assalamualaikum wbt.

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dengan izin Allah kami dapat menyiapkan blog dengan jayanya yang bertajuk 'Sumbangan Tamadun Islam Dalam Ekonomi'. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Siti Nadiah binti Mohd Sadali @ Salim sebagai pensyarah yang mengajar kami dan mendorong kami untuk menyiapkan blog ini.

Untuk pengetahuan umum, blog ini diciptakan sebagai salah satu projek kami bagi subjek Tamadun Islam, kod AC301. Seperti tajuk yang telah disebut di atas, kami akan berkongsi bahan bahan ilmiah yang berkaitan.

Semoga dengan sedikit ilmu, kita sama-sama dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan tamadun Islam, kerana yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kesilapan kami.

Selamat membaca :)