Sunday 28 September 2014

Sumbangan Ekonomi Islam Terhadap Peradaban Dunia

Assalamualaikum wbt.


  • Penubuhan Baitul Mal pada zaman Umar al-Khattab, adalah dengan penaklukan wilayah yang sangat luas dan mendatangkan hasil dalam bentuk wang yang sangat banyak. Sumber Baitul Mal tersebut boleh dibahagikan seperti berikut :


  • Pada zaman Bani Umayyah, sumber kewangan terpenting adalah kharaj. Kharaj disini bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam. Kharaj juga dibahagikan kepada tiga, iaitu :

Sumber pendapatan lain yang terdapat pada zaman Bani Umayyah adalah zakat, ghanimah, fa'i dan jizyah.

Zakat: Membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.
Ghanimah: Harta musuh yang diambil dengan cara paksaan dan melalui peperangan
Fa'i: Harta-harta yang didapatkan dari musuh dengan cara damai tanpa peperangan atau setelah berakhir peperangan seperti jizyah, kharaj dan sebagainya.
Jizyah: Pajak per kapita yang diberikan pada penduduk non-muslim pada suatu negara di peraturan Islam.

  • Kemudian, pada Zaman Abbasiyyah, Kota Baghdad menjadi tempat paling strategik sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat.
  • Pada pemerintah Khalifah Harun al-Rasyid (170-193H), pembangunan negara terus mencapai peringkat tinggi sehingga Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan ilmu dan perdagangan di kawasan Asia dan Eropah.
  • Menurut al-Tabari, harta terkumpul dalam Baitul Mal ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid berjumlah 900 juta dirham bersamaan 180 billion sekarang.
 Kota Baghdad

By Khairunnisa Binti Joharudin (19DPM13F1015)
Syamimi Raihan Binti Mohd Sufian (19DPM13F1089)
                           

No comments:

Post a Comment