Sunday 28 September 2014

Ciri-Ciri Ekonomi Islam

Assalamualaikum wbt.

Tersebut adalah 4 ciri Ekonomi Islam :



Tidak bercanggah dengan syarak - Aktiviti ekonomi yang dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan syarak, ini kerana aktiviti ekonomi adalah sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Justeru itu, kegiatan ekonomi haruslah diasaskan kepada dua prinsip, yakni ; Aqidah dan Syariat.

Cita-cita luhur dalam kegiatan ekonomi - Dalam kegiatan ekonomi ini, kita perlu berusaha untuk mencari keuntungan diri sendiri di samping dapat melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat. Dengan cara ini, segala gejala buruk atau negatif dapat diatasi.

Aktiviti ekonomi diawasi syariat dan dikawal oleh pemerintah - Aktiviti ekonomi Islam hendaklah diawasi dengan syariat Islam yang betul dan pelaksanaannya dikawal oleh pemerintah yang adil lagi bijaksana.

Seimbang antara kepentingan individu dan masyarakat - Ekonomi Islam yang dijalankan hendaklah diseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat kerana dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari keuntungan terlalu maksimum demi kepentingan bersama.

By Anis Waheeda Binti Abd Wahab 
19DPM13F1005


No comments:

Post a Comment